PERDEBATAN dan perbincangan hangat berkenaan bentuk pendidikan di sekolah kebangsaan baru-baru ini jelas mendedahkan wujudnya perbezaan pendapat yang sangat ketara antara pelbagai golongan dalam masyarakat.
Ada pihak, khususnya dalam kalangan masyarakat Islam yang sudah lama tidak berpuas hati dengan bentuk yang sedia ada kerana kurangnya penekanan ajaran agama di dalam kurikulum.
Bagi mereka objektif pendidikan adalah untuk menjadikan pelajar menjadi orang yang bertakwa demi kejayaan di dunia dan di akhirat.
Bagi mereka kesedaran berkenaan Allah sebagai Tuhan yang mencipta alam semesta semasa mempelajari mata pelajaran sains dan lain-lain amat penting.
Di samping, itu kepatuhan pelajar kepada ajaran syariah dalam setiap aspek aktiviti di sekolah juga penting. Mereka juga mahukan pelajar-pelajar peka tentang keburukan amalan riba, keburukan LGBT, keburukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Akhir sekali, konsep kejayaan yang sebenar dari aspek Islam juga ingin dimasukkan dalam sanubari pelajar supaya akan melahirkan insan kamil yang sangat memberi perhatian kepada aspek ukhrawi dan spiritual berbanding aspek duniawi dan kebendaan dalam kehidupan mereka.Akibat daripada itu, ramai daripada golongan Islam telah membuat keputusan mengeluarkan anak-anak mereka dari sekolah kebangsaan dan menempatkan anak-anak mereka di dalam sistem pendidikan yang lebih menepati apa yang mereka ingini iaitu sistem pendidikan sekolah swasta yang menjadikan ajaran Islam sebagai asas utama proses pendidikan (seperti rangkaian sekolah Musleh, International Islamic School dll ).
Sudah tentu ini sangat membebankan dari segi kewangan kerana yurannya agak tinggi. Tambahan pula setakat ini masih tidak ada pengecualian cukai atau rebat di atas perbelanjaan tersebut.Namun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga golongan yang mempunyai tanggapan yang sebaliknya.Golongan ini merasakan pada masa ini kurikulum serta aktiviti-aktiviti di sekolah kebangsaan mempunyai terlampau banyak kandungan Islam.Golongan ini bukan sahaja terdiri daripada orang bukan Islam bahkan juga termasuk ibu bapa yang beragama Islam.
Tetapi mereka mempunyai kefahaman Islam yang berbeza atau lebih bersikap liberal. Oleh itu mereka mahukan kurikulum sedia ada diubah supaya kandungan Islam dikurangkan atau diminimakan.Ada yang tidak sanggup menunggu dan telah pun menempatkan anak-anak mereka di sekolah swasta yang menepati aspirasi mereka.Hakikatnya ialah pihak-pihak di atas berbeza pendapat kerana mereka mempunyai pandangan alam atau ‘world view’ yang sangat berbeza.
Oleh itu apa yang mereka mahukan dari segi pendidikan untuk anak-anak mereka akan juga menjadi sangat berbeza.Adalah amat sulit sebenarnya untuk mencari jalan tengah kepada persoalan ini kerana isu pendidikan bukan sesuatu isu yang remeh.Isu pendidikan adalah isu pokok dalam masyarakat dan merangkumi banyak isu lain dan memainkan peranan penting dari segi mencorakkan masa depan pelajar.
Oleh itu tidak hairan lah kenapa konflik pendapat antara beberapa pihak – terutama antara kaum yang berbeza agama, dalam isu pendidikan adalah sentiasa berlarutan tanpa kesudahan.
Apa yang lebih malang ialah sikap beberapa pihak dalam mengutarakan pendapat masing-masing adalah kadang kala berbau perkauman serta menggunakan kata-kata yang menyakitkan hati masing-masing.Pada pendapat saya, penyelesaian jangka panjang ialah dengan cara menyerahkan tanggungjawab pendidikan kepada ibu bapa dan komuniti masing-masing.
Dalam erti kata yang lain, kerajaan harus mengurangkan peranan dalam isu pendidikan dan menambahkan peranan dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat secara langsung dalam aspek pendidikan.Kaedah ini sebenarnya juga sudah pun berlaku di dalam sektor pendidikan, khasnya dalam sektor pendidikan swasta di mana terdapat berbagai pendekatan berkenaan pendidikan dilaksanakan di pelbagai sekolah
Ibu bapa bebas memilih pendekatan mana yang menepati ‘world view’ dan aspirasi mereka. Komuniti Islam yang mahukan proses pendidikan yang berasaskan ajaran Islam bertanggungjawab membangunkan sistem pendidikan mengikut acuan Islam, sementara yang bukan Islam atau yang berfikiran sekular dan liberal boleh bangunkan sistem mereka sendiri mengikut acuan mereka juga.
Dengan cara ini kita akan dapat mengurangkan konflik dan kebencian antara satu sama lain akibat perbedaan pendapat tentang isu corak dan kandungan pendidikan disekolah kebangsaan.Langkah ini bukan sahaja boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan, bahkan akan mengurangkan konflik antara golongan masyarakat berkenana isu pendidikan.Jika pendekatan ini juga dilaksanakan dalam bidang-bidang lain seperti budaya, sukan, kebajikan dan lain-lain, maka perbelanjaan kerajaan akan dapat dikurangkan.Dengan itu kerajaan juga t
Recent Comments