TANGKAK: Mekanisme pentaksiran bukan berasaskan peperiksaan yang bermula pada sesi persekolahan 2019 dapat membantu guru lebih fokus dalam membentuk lebih ramai pelajar cemerlang.
Pada masa sama jelas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, ibu bapa perlu memainkan peranan menggalakkan anak mereka untuk lebih minat membaca dan sentiasa meneroka ilmu baharu.
“Saya harap guru dapat menumpukan usaha pembelajaran untuk meningkatkan kejayaan murid kerana mereka diberikan lebih waktu untuk mendidik mereka.”
Kepada ibu bapa pula perlu menggunakan waktu yang ada dengan menggalakkan pembacaan pada anak-anak,” katanya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan Ledang, Tangkak yang memulakan sesi persekolahan 2019 pada Selasa
Source: Pentaksiran baru bantu guru lahirkan pelajar cemerlang | Astro Awani
Recent Comments