SK. Bukit Changgang telah menghantar penyertaan untuk pertandingan Action Song sempena sambutan WTD.

Sambutan ini telah berlangsung pada 23 February 2019 bertempat di SMK Banting.

Bagi memberi sokongan kepada sambutan WTD ini SKBC telah menghantar 1 pasukan action song untuk bersaing di pentas WTD.

Hasil usaha dan semangat guru dan murid, pasukan action song SKBC telah meraih tempat Naib Johan Daerah Kuala Langat. Sekalung tahniah diucapkan buat semua yang telah bertungkus lumus untuk sampai ke tahap itu terutama jurulatih, Pn. Rohani Binti Yusof dan Cik Manja binti Salleh serta barisan guru pengiring, Pn. Azarina binti Mahmudin, Pn. Tuan Roshaliza binti Tuan Man, dan GPK Kokurikulum Pn. S. Rosy binti Ahman. Tidak kurang jasa dan sumbangan, guru-guru penasihat Persatuan Puteri Tunas yang lain dalam menyokong secara langsung atau tidak langsung.

Bagi acara lain yang tidak memihak kepada kita, bukan beerti kita kalah. Usaha jurulatih-jurulatih yang lain juga amat dihargai oleh pihak sekolah. Antara pertandingan lain yang disertai ialah pertandingan mewarna, kolaj, dan grooming.

Semoga usaha ini tidak terhenti di sini bagi mengangkat martabat Persatuan Puteri Tunas SKBC pada masa-masa akan datang.

Grooming

Grooming

Persembahan Action Song SKBC

Persembahan yang dinobatkan sebagai Naib Juara

Pertandingan mewarna

Pasukan SKBC bersama GPK Kokurikulum

Kolaj

Semangat Kental Berjiwa Cekal”

Pin It on Pinterest

Share This