Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang kali ke-44 yang berlangsung pada 16 Februari 2019 menyaksikan penglibatan murid dalam acara yang merangkumi 3 kategori iaitu acara padang, balapan dan sukaneka.

Ibu bapa yang mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah berganding bahu sepakat menghias 5 rumah sukan iaitu Panglima, Pendekar, Pahlawan, Perwira dan Perkasa. Sumbangan tenaga, material, wang ringgit dan masa yang telah diberikan pastinya amat bermakna buat anak anak warga SK Bukit Changgang. Johan bagi hiasan khemah rumah Sukan telah disandang oleh Rumah Pendekar.

Sementara itu, acara perbarisan rumah sukan turut diadakan bertemakan “Kesultanan Melayu” hasil gabungan tenaga dan idea guru guru rumah sukan. Rumah Pendekar sekali lagi berjaya menambat hati pihak juri dan dipilih sebagai Johan Perbarisan Rumah Sukan.

Anugerah Olahragawan dan Olahragawati disandang oleh adik Afif Ikmal Bin Mohd Zaidi dari rumah Pendekar dan adik Hamdania binti Hamdan dari rumah Perwira. Mereka berjaya menyapu bersih 3 emas acara individu dan 2 emas acara berkumpulan.

Kejohanan pada kali ini menyaksikan Rumah Pendekar dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dengan catatan pingat Emas sebanyak 20 , pingat Perak 13 dan 21 pingat Gangsa mengatasi rumah sukan yang lain.

Berikut merupakan catatan pingat mengikut kedudukan

PUNGUTAN PINGAT
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 44 2019

BIRU 17🥇17🥈17🥉
MERAH 20🥇13🥈21🥉
UNGU 12🥇18🥈30🥉
KUNING 14🥇14🥈21🥉
HIJAU 18🥇19🥈16🥉

Akhir kata, diharap aktiviti sukan yang dijalankan pada kali ini dapat mengembangkan bakat murid pada tahap yang paling optimum.

Kerjasama erat antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)menjadikan Kejohanan kali ini amat meriah dari segi penganjurannya.
Tahniah diucapkan kepada semua murid dan Warga SK Bukit Changgang.
Kita bertemu lagi di Temasya Sukan SKBC tahun hadapan!!
🏆🏆🏆🏆🏆🏆

Pin It on Pinterest

Share This