Setelah para pengawas menjalani Kursus Kepimpinan Pengawas pada 26 Januari yang lalu dengan jayanya, maka tibalah saat untuk menerima Watikah Pelantikan Pengawas bagi Sesi 2019. Untuk itu satu majlis Penyerahan Watikah telah diadakan di Dataran Perhimpunan dalam Perhimpunan Rasmi pagi Isnin 28 Januari 2019. Manakala bagi sesi petang pula, telah diadakan pada hari Jumaat 1 Februari 2019, bertempat di dewan Gemilang.

Dengan disaksikan oleh semua guru dan murid-murid yang lain, acara penyampaian watikah telah disempurnakan oleh En. Mohamad Ali bin Alimin, Guru Besar SK Bukit Changgang. Jawatan Ketua Pengawas juga telah diumumkan, iaitu Muhammad Fawwaz bin Mohamad Shahrul Nizam dan Penolong Ketua Pengawas disandang oleh Nur Alya Wardina binti Mohamad Rodzi.

Para Pengawas juga telah membaca ikrar pengawas sebagai aku janji untuk melaksanakan tugas dengan amanah dan berdisiplin. Adalah diharapkan dengan penerimaan Watikah Pelantikan tersebut, jati diri para pengawas lebih mantap dan berwibawa. Namun demikian, sokongan daripada semua pihak adalah amat diperlukan dalam memastikan para pengawas ini dapat menjalankan tugas dengan baik.

Pin It on Pinterest

Share This