Pada 16 Mac 2019, Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan di Dewan Sri Gemilang, SK Bukit Changgang.Majlis didahului dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Mohd Zaki bin Mohd Harun. Yang Dipertua PIBG, Dato Ngadenin bin Musa berkongsi cerita tentang pengorbanan guru-guru SKBC dalam melahirkan murid-murid yang cemerlang sama ada dalam akademik dan permainan malahan juga ko-akademik.Beliau sendiri turun padang bagi menyelami situasi di sekolah sejak awal pagi. Begitulah tegas beliau dalam ucapannya.

Tuan guru besar, Encik Mohamad Ali bin Alimin dalam ucapan aluannya berkongsi maklumat mengenai lawatan penanda aras Majlis Guru Besar (MGB) ke sebuah sekolah di Terengganu. Turut menjadi perbicaraan beliau adalah kemenjadian murid SKBC yang cemerlang dalam pertandingan bercerita peringkat daerah baru-baru ini. Beliau berbangga dengan kejayaan dan pencapaian anak- anak SKBC dalam pertandingan permainan dan ko- akademik. Titipan doa daripada para ibubapa dan warga SKBC diharapkan agar momentum kejayaan ini akan terus dipacu dengan jayanya.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Tuan Hj Zahini bin Diron yang mewakili PPD Kuala Langat. Beliau berharap hubungan dua hala antara pihak sekolah dan ibubapa akan bertambah mantap dengan adanya perkongsian idea dan diskusi. Kerjasama kedua-dua amat pihak penting dalam mencapai persefahaman dan permuafakatan dalam setiap tindakan yang diambil demi kelancaran program yang telah dirancang. Beliau berharap perlantikan jawatan kuasa PIBG yang baharu 2019/2020 dapat memacu kejayaan SKBC di masa hadapan. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada murid-murid cemerlang UPSR 2018 dan penghargaan kepada jawatankuasa PIBG 2017/2018.

Pin It on Pinterest

Share This