Projek ini adalah hasil inovasi yang berasaskan peta i-think dalam bentuk maujud dan menggunakan teknologi. Projek ini juga merupakan penggabungan teknik pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah sumbangsaran dengan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) iaitu QR kod. QR kod ini adalah untuk mengakses skema jawapan peta i-bid bidang Ibadah Pendidikan Islam tahun 5. Projek ini dipilih berdasarkan permasalahan yang berlaku dalam kalangan guru dan murid di sekolah untuk mempelajari sesuatu subjek.
I-Think bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Hal ini hendaklah diberi perhatian oleh guru untuk menggunakan sepenuhnya pemikiran murid dengan mengorek idea mereka melalui peta i-think lebih-lebih lagi peta bulatan yang menjana idea murid secara spontan. Idea inovasi ini hasil daripada seorang guru internship iaitu Mohd Syariz Hakim Bin Razali untuk membantu guru menjimatkan masa daripada melukis peta ithink di papan tulis. Selain itu, murid akan jadi proaktif dan seronok belajar dengan menggunakan peta ithink yang maujud. Manfaat peta ithink maujud ini juga boleh digunakan dalam subjek lain.
Recent Comments