Banting, 3 April 2019- Bak kata pepatah Melayu ‘Kecil-kecil si cili padi”.Itulah bakat yang tidak disangka-sangka. Karnival Permainan Prasekolah Peringkat Sekolah ini adalah yang julung kalinya diadakan di SK Bukit Changgang.
Menurut pengurus acara bekenaan Nor Elzianie bt Salleh kejohanan ini merupakan kali pertama diadakan di peringkat sekolah.
“ Ini merupakan satu rekod terbaik di mana kami dapat melaksanakan program yang telah dirancang dengan menggabungkan sesi pagi dan petang. Selain komitmen guru-guru ibu bapa juga banyak memberi sokongan dalam setiap acara yang dirancang,” katanya.
Acara yang telah dipertandingkan bagi murid 6 tahun ialah Futsal dan Bola Jaring Mini. Terdiri daripada jurulatih berbakat seperti Cikgu Siti Norfaezah, Cikgu Nor Elzianie, Cikgu Sharifah Nurul Ain dan Cikgu Zaleha. Turut membantu sepanjang sesi latihan ialah pembantu pengurusan murid iaitu Juraidzah bt Jamaludin, Tuty Aziana bt Aziz, Siti Khatijah bt Abdul Malik dan Nurbaizura bt Nasir.
Manakala murid 5 tahun terlibat dengan permainan tradisional seperti susun tin dan boling bola yang telah dilatih oleh Cikgu Nazahiyah dan Cikgu Noorhashimah. Manakala pembantu pengurusan murid sesi petang ialah Noorhaslinda bt Saharudin dan Molly Sabrina bt Mohamad.
Karnival ini telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Zainal bin Misman. Beliau juga sempat menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Johan Futsal disandang oleh kelas Pra Marikh. Manakala Naib Johan Pra Zuhrah, ketiga Pra Zuhal dan ketiga Pra Musytari. Bagi Bola Jaring Mini pula Johan Pra Zuhal, Naib Johan Pra Marikh,ketiga Pra Musytari dan ketiga Pra Zuhrah. Di peringkat ini, kita perlu menekankan perkara asas dalam permainan agar mereka menguasai asas permainan seperti kawalan bola, hantaran tepat dan sebagainya.
Justeru itu,semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk merealisasikan impian ini menjadi realiti. Kejayaan tidak datang dengan mudah sebaliknya ia perlu dicari dan berusaha. Kejayaan itu bermula dari akar umbi. Dengan adanya karnival seperti ini, pihak sekolah dapat mengasah bakat si cilik ke arah mencari atlet Sukan Negara di masa hadapan.
“Majulah Sukan Untuk Negara”

Johan Futsal

Naib Johan Futsal

Ketiga Futsal

Ketiga Futsal

Johan Bola Jaring

Naib Johan Bola Jaring

Ketiga Bola Jaring

Ketiga Bola Jaring

Baling tin Pra Sesi Petang

Pin It on Pinterest

Share This