“Guru, obor hemah menyinari pertiwi”

Begitulah tema hari guru pada tahun 2019.

Bersempena dengan sambutan hari guru 2019, Daerah Kuala Langat telah ditugaskan untuk menjayakan Majlis Makan Malam Amal Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 2019.

Majlis telah pun berlangsung pada 11 April 2019, jam 8.00 malam, bertempat di AIM Point, Sungai Mas, Banting, Selangor.

Majlis yang meriah ini telah dihadiri oleh jemputan kehormat YBM Xavier Jayakumar Arulanandam, Menteri Air,Tanah dan Sumber Asli, selaku Ahli Parlimen Kuala Langat dan isteri, Pengarah Pendidikan JPN Selangor dan isteri, Timbalan Pengarah JPN Selangor, dan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat , Puan Maimunah Bt Mustaffa.

Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang ditugaskan sebagai penyambut tetamu dalam menjayakan majlis tersebut. Seramai 7 orang guru telah dihantar untuk menjayakan majlis tersebut. Antara guru yang terlibat ialah, Pn. S. Rosy Bt Ahman (GPK Kokurikulum) selaku ketua, Cik Roslizawati Bt Mahaji, Pn. Tuan Roshaliza Bt Tuan Man, Pn. Manja Bt Salleh, Pn. Nor Shahara Bt Che Daud, Pn. Roslinda Intan Bt Md. Kasim dan En. Mohd Nakhoie Bin Ahmad Badawi.

Selaku penyambut tetamu, mereka telah bersiap sedia di majlis tersebut seawal jam 7.30 malam bagi menyambut ketibaan jemputan kehormat, para penerima anugerah, badan-badan swasta, PIBK dari seluruh negeri Selangor, Wakil JPN, wakil PPD seluruh selangor, Majlis Guru Besar, MPSM, NUTP, KGMMB, wakil media dan para jemputan.

Majlis ini meraikan penerima-penerima anugerah dari kalangan guru dari seluruh Daerah di Selangor. Para penerima anuegerah yang terpilih sememangnya layak kerana sumbangan yang hebat di dalam bidang masing-masing.

Sekalung tahniah diucapkan kepada PPD Kuala Langat dan semua Jawatankuasa yang menjayakan majlis ini. Ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai, guru-guru dan seluruh tenaga kerja yang bertungkus lumus untuk memastikan kelancaran majlis ini.

Barisan penyambut tetamu bersama Guru Besar Sk. Bukit Changgang

Barisan penyambut tetamu

Meja makan penyambut tetamu bersama penerima anuegerah

Bersama penerima anugerah

Bersama penerima anugerah

Pin It on Pinterest

Share This