Pada 4 April 2019 (Khamis), Unit Kokurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat dan Sekretariat KRS dan TKRS Daerah Kuala Langat telah mengadakan majlis pentauliahan kenaikan pangkat bagi pegawai yang terlibat di SMK Telok Panglima Garang.

Tiga orang pentadbir SK Bukit Changgang yang terlibat dalam majlis tersebut iaitu Guru Besar, Encik Mohamad Ali bin Alimin, GPK pentadbiran, Encik Zailan bin Mohd Zaid dan GPK Kokurikulum, Puan S.Rosy binti Ahman. Selain itu, dua orang guru yang turut menerima kenaikan pangkat ialah Puan Rozaini binti Ismail dan Puan Fauziah binti Ahmad.

Encik Mohamad Ali bin Alimin telah ditauliahkan sebagai Komandan manakala Encik Zailan bin Mohd Zaid dan Puan S. Rosy binti Ahman pula sebagai Timbalan Komandan.

Puan Rozaini binti Ismail dan Puan Fauziah binti Ahmad ditauliahkan sebagai Leftenan Muda.

Siap untuk menjalankan tugas tuan….

Pin It on Pinterest

Share This