Catur adalah sejenis permainan berdaya saing yang dimainkan antara dua orang pemain. Ia adalah permainan yang paling popular di dunia.Ia bukan sahaja satu permainan tetapi juga satu kesenian. Kadangkala catur juga dilihat sebagai permainan perang yang abstrak kerana sebagai suatu seni mempertahankan diri menggunakan minda dan bermain catur dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan minda. Permainan catur banyak mendedahkan murid dengan kaedah berfikir secara kritis dan kreatif di samping belajar fokus terhadap sesuatu.

Bertepatan dengan kebaikan permainan ini, SK Bukit Changgang telah menjadi tuan rumah Kejohanan Catur (R) Daerah Kuala Langat bagi tahun 2019.Kejohanan ini telah diadakan di Paya Indah Wetlands pada 8 hingga 12 April yang lalu.

Terdapat 30 buah sekolah yang menyertai kejohanan kali ini yang melibatkan 156 peserta lelaki dan 122 peserta perempuan.

SK Bukit Changgang telah menghantar dua pasukan iaitu satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan yang diwakili oleh 8 orang murid. Walaupun usia penyertaan baru kali kedua, namun murid SK Bukit Changgang telah berjaya mendapat tempat ketiga kategori berpasukan lelaki kejohanan ini. Tahniah diucapkan.

Secara keseluruhannya, kejohanan ini berjalan lancar. Kesemua peserta dan ahli jawatankuasa telah memberikan komitmen terbaik sepanjang kejohanan ini diadakan. Setiap peserta mempamerkan semangat yang tinggi dan berusaha yang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam setiap pusingan. Melalui kejohanan ini dapat mencungkil dan mengenal pasti bakat -bakat baru dalam permainan catur.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kepada yang belum berjaya, cuba lagi pada tahun akan datang.

Johan Keseluruhan SJKC Jenjarom

Naib Johan SJKT Telok Datok

Tempat Ketiga SK Olak Lempit

Pasukan lelaki SK Bukit Changgang

Perasmian Penutupan Kejohanan Catur Daerah Kuala Langat oleh YB Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin

Ucapan Guru Besar SK Bukit Changggang selaku Pengerusi Pengelola Kejohanan Catur MSSD Kuala Langat 2019

AJK Kejohanan Catur MSSD Kuala Langat 2019

Pin It on Pinterest

Share This