SK Bukit Changgang telah mengadakan program perkhemahan unit beruniform pada 26-28 April yang lalu di Paya Indah Wetlands.

Banyak pengalaman kelangsungan hidup dipelajari 116 orang murid yang mengikuti Perkhemahan Unit Beruniform tersebut.

Program tiga hari dua malam ini disertai oleh anggota unit beruniform sekolah yang terdiri daripada Tunas Puteri, Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Puteri Islam dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

Pelbagai aktiviti diadakan.Antaranya mendirikan khemah, menempuh halangan, persembahan kebudayaan dan latihan dalam kumpulan.

Perkhemahan ini bagi menyahut seruan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Peserta diberi peluang menunjukkan kebolehan dalam kokurikulum, dilatih berdikari dan bekerjasama sebagai satu pasukan serta didisiplinkan dalam semua aspek hidup untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Guru Besar, SK Bukit Changgang, En. Mohamad Ali bin Alimin yang menyempurnakan majlis penutupan perkhemahan tersebut memuji semua pihak yang telah menjayakan program itu dengan baik. Katanya, perkhemahan tersebut sangat bermakna kerana pelbagai aktiviti yang disediakam mampu membentuk sikap yang sihat dan positif dalam kalangan peserta.

Melalui aktiviti yang disusun, ia sudah tentu menjadi platform terbaik bagi mempraktikkan ilmu yang dipelajari serta mengembangkan bakat murid.

Pengalaman berkenaan penting terutama bagi murid yang terpilih mewakili sekolah dalam perkhemahan atau pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Pin It on Pinterest

Share This