Pada 15/6/2019, panitia Sains Sk. Bukit Changgang telah menganjurkan Seminar Teknik Menjawab Sains UPSR

Program ini dijayakan dengan kehadiran penceramah yang juga seorang guru yang berpengalaman luas dalam bidang ini. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Mohd Halim Bin Marzuki.

Penceramah : En. Mohd Halim Bin Marzuki

Barisan jawatankuasa guru telah dilantik bagi menjayakan seminar ini dengan harapan dapat membantu murid-murid untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan tidak lama lagi

Sebahagian barisan jawatankuasa guru

Sasaran murid untuk program ini adalah murid-murid tahun 6 dan juga tahun 5. Untuk murid-murid tahun 6, seminar ini sebagai persiapan dan pengukuhan pemahaman dari segi teknik menjawab soalan terutama kertas 2 yang merupakan cabaran utama bagi murid-murid. Manakala untuk murid-murid tahun 5, ianya sebagai persediaan awal dan pendedahan yang lebih terperinci tentang teknik menjawab kertas Sains UPSR.

Murid-murid yang menyertai seminar

Semoga program ini dapat memberi impak yang besar kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR nanti.

Suasana semasa seminar

Pin It on Pinterest

Share This