Komuniti Pendidikan Hooray dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri telah menganjurkan Kenali & Sayangi Gigi Ku bersama Kodomo Lion yang melibatkan 3 negeri iaitu Selangor, Perak dan Melaka.

Pertandingan ini bermula dari bulan Mac sehingga Mei. Program mentor Hooray merupakan satu program interaksi pendidikan yang melibatkan pembinaan bersama pakar penjagaan oral kanak-kanak( Kodomo Lion- Children Oral Care Specialist) dan guru dari komuniti pendidikan tempatan yang bertindak sebagai panduan dalam membimbing, menasihati serta menyokong usaha dalam membina penjagaan oral anak-anak pada usia yang awal.

Dengan itu Prasekolah SK Bukit Changgang tidak ketinggalan menyertai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan oleh Kodomo Lion.

Antara aktiviti yang disertai adalah Sudut Mentor, nyanyian, bercerita dan lakonan.

Kejayaan sentiasa mengiringi Prasekolah SK Bukit Changgang.

Seorang guru prasekolah SK Bukit Changgang iaitu Cikgu Zaleha Omar turut memenangi pertandingan dengan mendapat tajaan Plan Data 365 hari.

Penyampian hadiah telah disampaikan oleh pihak Kodomo Lion melalui Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat.


Seputih gigiku bersama Kodomo Lion..

Pin It on Pinterest

Share This