Pada 20 Jun 2019 (Khamis), SK Bukit Changgang telah mengadakan Program Adiwira Selangor- “Road to Kidzania”. Program ini telah disertai oleh 80 orang murid tahun 4 dan 5.

Program ini turut disertai oleh 6 orang guru iaitu:

1) Pn. Masirah bt. Mohd Rezali

2) En. Badrul Hisham b. Mohamad

3) En. Asrin b. Ramlan

4) Pn. Nor Azila bt. Shaharuddin

5) Pn. Siti Aisyah bt. Adnin

6) Pn. Siti Norbaizura bt. Abdul Malik

Kami memulakan perjalanan dari SKBC dalam pukul 8 pagi. Kami tiba di Kidzania dalam pukul 9.35 pagi. Kami juga mengalami kesesakan lalu lintas semasa dalam perjalanan ke sana.

Apabila tiba di sana, kami telah disambut dengan mesra oleh pegawai yang bertugas di situ. Murid-murid menggunakan escalator untuk naik ke tingkat atas.

Mereka diberi pakai gelang keselamatan. Begitu juga dengan guru-guru pengiring. Kemudian diadakan sesi bergambar mengikut bas, iaitu Bas A dan Bas B.

Seterusnya murid-murid diberi penerangan tentang keadaan atau suasana di Kidzania. Mereka diagihkan kepada beberapa kumpulan. Mereka diberi buku catatan dan sejumlah wang untuk mula melakukan aktiviti.

Antara objektif program ini ialah murid boleh mendapatkan gambaran sebenar tentang bidang pekerjaan.

Mereka juga dapat membuka minda tentang suasana dan persekitaran pekerjaan yang mereka terokai.

Murid-murid ini telah meneroka pelbagai jenis pekerjaan. Contohnya menjadi ahli bomba, wartawan, jurufoto, aksi lasak, berlakon, ahli silap mata, melukis wajah, bertugas di Mc Donald, polis, doktor, peguam, hakim, juruhebah dan sebagainya.

Murid-murid berasa seronok dengan pengalaman yang mereka dapat.

Murid-murid menaiki bas menuju ke Kidzania.

Murid-murid berkumpul di Kidzania.

Guru yang terlibat dalam program ini.

Murid memakai tag yang disediakan oleh Kidzania.

Murid mengikuti aktiviti yang disediakan.

Pin It on Pinterest

Share This