Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah 2019 bersamaan 1440H telah berlangsung di Dewan Gemilang SK Bukit Changgang pada 24 Mei 2019 hari Jumaat.

Program tahunan yang dianjurkan oleh Panatia Pendidikan Islam yang berlangsung ini diadakan bertujuan untuk menanamkan minat murid- murid untuk untuk khatam al-quran sepanjang Ramadan dan memupuk semangat perpaduan dikalangan murid dan seluruh warga sekolah.
Majlis yang bermula seawal jam 7.3O bagi sesi pagi disertai oleh murid- murid , guru-guru dan seluruh warga SKBC dengan jayanya dan berakhir jam 5.30 ptg bagi murid sesi petang.
Majlis Khatam Quran dipimpin oleh al-Fadhil Ustaz Tn Hj Ridzuan bin Mohamed selaku naqib para peserta Khatam quran pada Kali ini. Solat sunat hajat, dhuha, taubat dan tasbih turut dilaksanakan di Surau as-Siddiq SKBC sebagai pendedahan dan pengalaman bagi murid- murid dan guru-guru. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian ceramah oleh al-Fadhil Ustaz Tn Hj Zubir bin Ulul Azmin dan ucapan oleh Tn Guru Besar En Mohamad Ali bin Alimin. Seterusnya majlis diserikan dengan penyampaian cenderahati kpd peserta Khatam al-quran , sumbangan anak yatim dan asnaf. Acara penutup dimeriahkan dengan acara bersalam-salaman antara semua warga SKBC bagi mewujudkan ukhuwah silaturrahim .
Semoga dengan adanya majlis seumpama ini dapat melahirkan insan yang bersih rohani dan jasmani seterusnya dapat menghayati amalan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah SWT.

Bacaan yassin & tahlil perdana

bacaan yassin & tahlil perdana

solat sunat dhuha, tasbih, taubat & hajat

majlis khatam Al-Quran

Ceramah oleh Tn. Hj. Zubir

Penyampaian cenderhati peserta khatam Al-Quran

Penyampaian cenderhati murid sempena bulan Ramadhan

Penyampaian sumbangan anak yatim & asnaf

Penerima sumbangan anak yatim & asnaf

Penerima sumbangan anak yatim dan asnaf

Bersalam-salaman silaturrahim antara warga SKBC

Pin It on Pinterest

Share This