20 Julai 2019, “Sehebat An Najwa dan Khairul Affendi” itulah dia bakat yang ada pada murid prasekolah SK Bukit Changgang mewakili sekolah dalam acara Karnival Permainan peringkat Daerah Kuala Langat dalam acara Bola Jaring dan Futsal yang diadakan pada 20 Julai 2019.

Sehebat menjaring, setangkas mengelicik bola. Itulah kemahiran yang ada pada anak-anak cilik prasekolah SK Bukit Changgang. Bakal menjadi pemain Malaysia suatu hari nanti.

SK Bukit Changgang telah menghantar para pemain Futsal dan Bola Jaring ke Karnival Permainan serta turut dibantu oleh guru prasekolah terdiri daripada Pengurus Pasukan Futsal, Pn Sharifah Nurul Ain Syed Othman dan Jurulatih, Pn Noorhashimah Ahmad. Pengurus Pasukan Bola Jaring, Pn Nor Elzianie Salleh dan Jurulatih Pn Nazahiyah Shafia Shaari.

Kemenangan berpihak kepada pasukan bola jaring SK Bukit Changgang yang memperoleh Naib Johan keseluruhan peringkat Daerah Kuala Langat. Manakala pasukan futsal memperoleh kemenangan Naib Johan Kumpulan.


Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Jaring SK Bukit Changgang….. “Majulah sukan untuk Negara”.

Pin It on Pinterest

Share This