Banting,13 Jun 2019- Unit Tahun 2 bersama Panitia Pendidikan Moral telah mengadakan satu siri lawatan ke Petrosains Kuala Lumpur dan Kilang Coklat Beryl’s di Seri Kembangan. Seramai 80 orang murid Tahun 2 bersama 8 orang guru pengiring telah mengikuti lawatan sambil belajar tersebut.

Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan murid kepada pengalaman hands on dan minds on,memberi pengetahuan tentang Dunia Sains dan Teknologi yang sangat mengujakan, merapatkan hubungan silaturahim antara guru dan murid serta memupuk semangat perpaduan dan kasih sayang antara kaum.

Tempat pertama kami lawati adalah Petrosains.Antara aktiviti yang menarik di sini ialah menaiki tren atau gondola melalui terowong masa silam, menjalankan permainan interaktif sains,menyaksikan eksperimen sains,menaiki helicopter 6D,menjelajah ke tapak carigali petroleum yang direka khas dan menjalani permainan minda.Pengalaman sebegini sukar didapati dan perlu dihargai.

Selepas itu, kami bergerak pula ke Kilang Coklat Beryl’s di Seri Kembangan. Kami di sambut dengan layanan yang mesra oleh kakitangan Beryl’s. Murid dan guru mendengar taklimat
yang disampaikan tentang cara pemprosesan coklat.Kami juga dapat melihat proses pengadunan sehinggalah proses pembungkusan coklat.
Sebelum bergerak balik kami berpeluang membeli cenderahati coklat dengan pelbagai perasa dan bentuk yang menarik

Keseluruhan aktiviti lawatan ini telah mencapai objektifnya.Murid-murid dapat pengalaman dan pengetahuan dan pembelajaran di luar bilik darjah yang sangat berguna.
Kami sempat bergambar kenang-kenangan sepanjang aktiviti lawatan.
Gambar lawatan kami ini juga boleh di layari di
www.instagram.com/pengembaraanyangmenyeronokkan

Pin It on Pinterest

Share This