Kuiz sejarah adalah merupakan salah satu perancangan aktiviti tahunan Panitia Sejarah bagi tahun 2019. Kuiz sejarah diadakan dwibulanan yang berjumlah 5 kali sepanjang tahun. Aktiviti ini dijalankan dalam kelas semasa PdPc dan secara individu. Guru-guru menyediakan soalan kuiz mengikut tajuk semasa yang telah dipelajari merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT).

Aktiviti ini  diadakan untuk menguji tahap pengetahuan dan pemahaman murid-murid tentang isi pelajaran, murid-muridd membuat persediaan sebelum kuiz dijalankan dan sebagai latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan. 

Murid-murid berusaha untuk menjawab soalan kuiz dan bersaing dalam kalangan mereka kerana hadiah diberikan kepada para pemenang. Setiap kelas mempunyai tiga pemenang iaitu johan, naib johan dan tempat ketiga. Kebanyakan murid berpuas hati mengikuti aktiviti ini.

Semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Pengisian aktiviti juga dapat memberi impak yang baik terhadap murid-murid dalam menghayati sejarah Malaysia, erti kemerdekaan dan semangat cinta akan negara.

            Cadangan penambahbaikan ialah diharapkan kuiz sejarah diperbanyakkan dengan menggunakan aplikasi Google Classroom, Quizizz dan sebagainya sebagai medium untuk menambahkan lagi keseronokan murid-murid untuk menjawab soalan kuiz.

Murid memberi perhatian semasa menjalani kuiz sejarah
semangat murid menjawab soalan kuiz sejarah
Semua murid terlibat dalam kuiz dan berusaha untuk mendapatkan jawapan yang paling tepat
Hadiah disampaikan kepada guru pemenang mengikut kelas

Pin It on Pinterest

Share This