Pada 18/2/2019 (Isnin), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah melancarkan Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan tahun 2019. SK Bukit Changgang juga turut melancarkannya.

Menteri Pendidikan, YB Maszlee Malik berkata menerusi kerjasama itu, seorang Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) akan ditempatkan di setiap sekolah di seluruh negara. Bagi SKBC PPS ialah Sarjan Nurul Syuhada binti Mohd Razai.

Program ini diharapkan dapat menghindari murid dari ponteng sekolah, mencegah salah laku murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah atau tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Ustaz Tn. Hj.Ridzuan mengetuai bacaan doa untuk program ini.

Murid-murid mengaminkan bacaan doa.

Sarjan Syuhada menyampaikan ucapan.

En. Mohamad Ali b. Alimin (Guru Besar SKBC) sedang merasmikan Majlis Pelancaran.

Sarjan Nurul Syuhadah merasmikan papan kenyataan Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM

Sarjan Nurul Syuhada menyampaikan pingat kejohanan sukan sekolah.

Pin It on Pinterest

Share This