Pada 11 April 2019 (Khamis), SK Bukit Changgang telah mengadakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit PPDa.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna poster antidadah untuk murid tahap 1 iaitu murid tahun 1,2 dan 3.

Sementara itu, murid tahap 2, ada pertandingan melukis poster antidadah.

Program PPDa ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya dadah.

Antara objektif program ini ialah:

1) Menggalakkan murid meningkatkan lagi pengetahuan tentang bahaya dadah.

2) Membolehkan murid memaparkan pengetahuan dan idea tentang bahaya dadah.

3) Mencungkil dan mengasah bakat senilukis di kalangan murid.

4) Menggalakkan murid untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan.

Semua murid mengambil bahagian dengan penuh bersemangat.

Hadiah diberi kepada para pemenang.

Murid-murid sedang mewarna poster antidadah.

Murid-murid sedang mewarna poster antidadah.

Murid-murid sedang melukis poster antidadah.

Hadiah disampaikan oleh Pn. S.Rosy (PK Kokurikulum) kepada para pemenang.

Pemenang melukis poster antidadah murid tahun 4 bergambar kenangan.

Pin It on Pinterest

Share This