Siapa kata bahan terbuang tidak boleh dijadikan fesyen? SKBC telah membuktikan bahawa bahan-bahan terbuang ini, yang dianggap ‘sampah’ jika dimanfaatkan dapat menghasilkan fesyen pakaian yang sangat cantik.

Oleh itu, SKBC telah menghantar 3 penyertaan bagi kategori Fesyen daripada bahan terbuang. Pakaian ini telah diperagakan pada pertandingan Fesyen 3R yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat pada 13 september 2019 yang lalu di Dataran Morib, Banting.

Pakaian ini telah diperagakan oleh tiga orang murid iaitu, Farhana Hanim Bt Abdullah (3 Dinamik), Nur Sofea Adriana Bt Mohd. Suhaimi (3 Iltizam) dan Nurin Qismina Bt Mohd. Faizal (5 Dedikasi)

Panitia Seni telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta pakaian yang kreatif ini. Material yang digunakan adalah daripada bahan terbuang seperti guni bawang, botol plastik, guni dedak, bulu tangkis, cawan plastik, plastik sampah, plastik barang dan sebagainya.

Hasil kerjasama para guru mengerah keringat dan berkongsi idea, maka 2 daripada pakaian ini telah mendapat tempat kedua dan kesembilan daripada 19 peserta yang bertanding. Adik Nur Sofea Adriana Bt Mohd. Suhaimi dari 3 Iltizam telah mendapat tempat kedua. Manakala adik Farhana Hanim Bt Abdullah dari 3 Dinamik pula telah mendapat tempat ke-9. Sementara itu, adik Nurin Qismina Bt Mohd. Faizal dari 5 Dedikasi pula telah meraih saguhati.

Walaubagaimana pun, pihak sekolah amat berbesar hati dan berbangga dengan keberanian murid-murid ini yang berani untuk tampil ke hadapan pentas untuk memperagakan Fesyen 3R tesebut. Tahniah dan syabas diucapkan. SKBC “Semangat Kental, Berjiwa Cekal’.


Pin It on Pinterest

Share This