Seramai 240 orang pemain catur terdiri daripada murid sekolah rendah dan murid sekolah menengah seluruh negeri Selangor telah berkampung di Dewan Sekolah Menengah Sains Banting untuk memburu kejuaraan Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Selangor 2019.

Kejohanan ini berlangsung selama 4 hari bermula 8 hingga 11 Julai 2019 yang lalu dan tahun ini SK Bukit Changgang telah dilantik sebagai Pengerusi Pelaksana Kejohanan bersama Sekolah Menengah Sains Banting sebagai tuan rumah Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Selangor ini.

Kejohanan ini mempertandingkan 6 kategori daripada pelbagai peringkat umur seawal bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun untuk berentap dalam acara individu dan acara berkumpulan.

Persiapan pasukan-pasukan ke kejohanan ini membabitkan guru dan jurulatih peribadi atas inisiatif para pemain itu sendiri mahupun ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan.

Kejohanan ini sangat mencabar kebolehan pelajar dari semua daerah di negeri Selangor bagi mencapai standard yang diperlukan, selain mengenal pasti tahap kemampuan dan kemahiran sebagai bekalan ke peringkat kebangsaan.

Walaupun tiada peserta dari SK Bukit Changgang yang terpilih ke kejohanan kali ini tetapi komitmen setiap Ahli Jawatankuasa yang dilantik amat tinggi demi memartabatkan sukan catur di daerah Kuala Langat.

Adalah menjadi harapan SK Bukit Changgang selaku Pengerusi Pelaksana agar peserta yang berjaya memperoleh kemenangan akan mengharumkan nama negeri Selangor di peringkat Kebangsaan nanti.

Barisan jawatankuasa kejohanan

Persiapan majlis penutupan

Kaunter pendaftaran

Pin It on Pinterest

Share This