Dalam usaha menyemarakkan semangat kemerdekaan dan cinta akan negara, Panitia Sejarah dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang mengambil inisiatif menganjurkan pameran kemerdekaan bermula dari 26 Ogos sehingga 13 September 2019.

Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-62 yang akan disambut 31 Ogos 2019. Antaranya ialah tayangan beberapa filem perjuangan iaitu Ke Arah Kemerdekaan, Perak Man, Bukit Kepong, kuiz merdeka, teka dan menang dan sebagainya.

Kumpulan sasaran ialah murid-murid tahun 1 hingga tahun 6, murid prasekolah, guru-guru dan kakitangan sekolah. Misi pameran ini bukan sahaja mempromosi maklumat kemerdekaan dalam kalangan murid dan kakitangan tetapi juga menyeru agar semua dapat bersama-sama meraikan bulan kebangsaan dengan penuh kesyukuran. Program itu mendapat sambutan menggalakkan daripada seluruh warga sekolah.
Semoga semangat cinta akan negara dapat dipupuk dalam kalangan warga SKBC menerusi filem yang berunsur perjuangan dan patriotisme, serta perkongsian ilmu dan maklumat yang tepat mengenai sejarah kemerdekaan negara.

Naskah surat khabar Berita Harian bertarikh 31 ogos 1957 turut dipamerkan dan barjaya menarik tumpuan murid-murid

Harapan Pusat Sumber adalah warga SKBC mendapat maklumat yang cukup dan tepat mengenai sejarah negara, selain diberi ruang untuk menambah ilmu pengetahuan dan harap amalan membaca dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat tidak kira umur.
Hadiah-hadiah lumayan disediakan kepada pengunjung misteri dan cabutan bertuah kategori murid dan kakitangan. Pemenang-pemenang kuiz mengikut aliran juga disampaian pada Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan.

Semoga generasi muda dapat mempertahankan tanah air ini dengan bekerjasama tanpa mengira bangsa dan agama. Akhir kata, ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’.

Pin It on Pinterest

Share This