Unit Tahun 6 SKBC telah mengadakan majlis mohon restu kepada guru-guru pada 3/9 /2019, sebelum menjelang Peperiksaan UPSR.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyantuni dan memohon restu, ampun dan maaf kepada guru-guru yang telah mendidik murid-murid tahun 6 selama berada di SKBC.

Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi dan dimulai dengan bacaan Doa yang diketuai oleh Tuan Haji Ridzuan Mohamed. Majlis ini melibatkan semua murid tahun 6 dan semua guru.

Semoga dengan penganjuran majlis ini dapat memberi ketenangan kepada murid-murid sepanjang peperiksaan nanti.

Pin It on Pinterest

Share This