Banting, Selangor. 7 Ogos 2019 – Bertempat di SK Kanchong Tengah telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring Mini Olimpik (U11) MSSD Daerah Kuala Langat 2019. Sebanyak  7 pasukan mempamerkan aksi permainan yang hebat di gelanggang kejohanan.

Alhamdulillah, hasil kesungguhan dan kerjasama sesama ahli, pasukan SKBC telah layak masuk ke pusingan akhir dan mendapat tempat ke-3 bagi kejohanan ini. “Walaupun mereka menjalani latihan dalam tempoh kurang daripada sebulan, namun mereka dapat bermain dengan baik” ujar Pn Rohani selaku jurulatih pasukan SKBC.

KEPUTUSAN KEJOHANAN

JOHAN : SK KAMPUNG MEDAN

NAIB JOHAN : SK TANJONG SEPAT

KETIGA : SK BUKIT CHANGGANG

KEEMPAT : SK KANCHONG DARAT

Pin It on Pinterest

Share This