Unit Keselamatan dan Kecemasan SKBC telah mengadakan latihan Kebakaran dan Pengosongan Bangunan pada hari Rabu, 17/7/2019. Pusat berkumpul di padang sekolah. Latihan ini melibatkan semua murid, guru dan kakitangan sekolah.

Latihan ini dipantau sepenuhnya oleh pegawai bomba Banting dan guru unit keselamatan & kecemasan. Tempoh diberi untuk mengosongkan bangunan dan berkumpul di tapak berkumpul ketika kecemasan adalah 3 minit.

Latihan ini diadakan adalah bertujuan memberi penerangan dan latihan sekiranya berlaku Kebakaran atau kecemasan sebenar. Selain itu, melatih warga SKBC agar tidak panik menghadapi sebarang kecemasan dan kemungkinan.

Semoga dengan penganjuran latihan ini dapat melatih warga SKBC bijak mengambil langkah dan tidak panik menghadapi apa jua situasi.

Pin It on Pinterest

Share This