Unit HEM SK Bukit Changgang buat pertama kalinya telah menganjurkan sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah pada hari Jumaat, 1/11 /2019 di Dataran Nilam. Pada hari tersebut turut disambut majlis ulang tahun kelahiran bagi murid-murid dan guru-guru yang lahir pada bulan Oktober.

Majlis dimulai dengan bacaan Doa yang diketuai oleh Tuan Haji Ridzuan Mohamed. Seterusnya disusuli dengan ucapan guru besar sekaligus membuat gimik perasmian sambutan ini. Kemudian majlis diteruskan dengan memotong kek hari lahir dan diakhiri dengan acara makan ais krim.

Sambutan hari kanak-kanak ini diadakan adalah sebagai satu penghormatan dan pengiktirafan pihak sekolah dan warga kerja SKBC kepada generasi kanak-kanak dan murid-murid SKBC. Di samping itu, dapat memberi kesedaran kepada golongan dewasa akan peranan dan tanggungjawab memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.

Semoga dengan penganjuran ini, dapat melahirkan anak-anak yang berakhlak dan berpotensi dalam segala bidang.

Pin It on Pinterest

Share This