Pada 6 November, 2019 (Rabu), SK Bukit Changgang telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup Program Khidmat Masyarakat (CAS), Kolej Mara Banting bagi Kumpulan A. Mereka terdiri daripada seorang Penasihat Program dan 8 orang pelajar. Penasihat Program bagi Kumpulan A ini ialah YM Tengku Hazlina binti Tengku Mohamad. Mereka telah menjalankan program ini selama 8 minggu iaitu dari bulan Ogos sehingga bulan November. Mereka datang ke SKBC selang seminggu.

Program Khidmat Masyarakat (CAS) ini membolehkan pelajar meningkatkan pembangunan peribadi dan interpersonal mereka melalui pengalaman. Ia memberikan peluang untuk pelajar bekerjasama dengan orang lain, memupuk rasa kesungguhan dan ketelitian daripada aktiviti yang dijalankan.

Di SK Bukit Changgang, pelajar ini telah melakukan aktiviti akademik dan melukis mural. Aktiviti akademik yang dijalankan iaitu membantu murid tahun 1 dalam kemahiran membaca. Sementara mural yang dilukis ialah yang berkaitan dengan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). Mereka telah dapat menyelesaikan tugasan dengan baik. Diharapkan program ini dapat memberi pengalaman kepada para pelajar.

Pelajar Kolej Mara Banting, bersama Penasihat Program.

Bersama dengan pentadbir di SKBC.

Ucapan wakil pelajar, Darwisy Irfan.

Ucapan Penasihat Program, YM Tengku Hazlina bt. Tengku Mohamad.

Ucapan Perasmian Penutup oleh En. Mohamad Ali bin Alimin, Guru Besar, SKBC.

Penyampaian cenderahati kepada Penasihat Program.

Penyampaian cenderahati kepada Penasihat Program.

Penyampaian cenderahati kepada pelajar Kolej Mara Banting.

Penyampaian cenderahati kepada pelajar Kolej Mara Banting.

Penasihat Program, YM Tengku Hazlina menyampaikan cenderahati kepada pihak sekolah.

Bergambar kenangan bersama cenderahati yang dihasilkan oleh pelajar Kolej Mara Banting.

Penyampaian cenderahati kepada Pn. Roslinda Intan.

Penyampaian cenderahati kepada Pn.Masirah

Mural yang dihasilkan oleh pelajar Kolej Mara Banting.

Acara Perasmian mural yang dihasilkan.

Bergambar kenangan.

Pelajar Kolej Mara Banting menikmati jamuan yang disediakan.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan aktiviti sepanjang 8 minggu di SKBC.

Aktiviti sebelum ini, murid tahun 1 dibimbing kemahiran membaca.

Murid tahun 1 dibimbing kemahiran membaca

Murid tahun 1 dan pelajar Kolej Mara Banting, bergambar kenangan.

Pin It on Pinterest

Share This