Program Semarak Puteri telah diadakan pada 10-12 April 2019 bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri JPN Negeri Sembilan (KEM PUSAKO) Hassan Basir, Sg Jelutong, Batu Kikir Negeri Sembilan. Program ini anjuran bersama PPIM Negeri Johor dan PPIM Negeri Sembilan. PPIM Negeri Johor, PPIM Negeri Melaka, PPIM Negeri Sembilan, PPIM negeri Selangor, PPIM Kuala Lumpur

dan PPIM Putrajaya telah menyertai Program Semarak kali ini. Penyertaan seramai 40 orang ahli PPIM setiap negeri (20 orang dari sekolah rendah dan 20 orang dari sekolah menengah). Seorang murid PPIM SKBC telah terpilih mewakili Negeri Selangor dalam Program Semarak Puteri.
Kreatiria pemilihan, murid PPIM perlu ada pangkat Puteri Bongsu. Aktiviti yang dipertandingkan dalam Program Semarak Puteri ialah Tatacara Perjumpaan (untuk SK dan SMK),Congkak, Pertolongan Cemas, Doodle dan Nasyid (untuk SK) manakala Lagu Patriotik, Qasidah, Kraftangan, Jahitan Tulang Belut dan Pidato untuk SMK. Semua pertandingan ini diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri (Kem Pusako).

Pertandingan Tatacara Perjumpaan
        Pertandingan Kraftangan
Pertandingan lagu patriotik

Pada hari kedua, semua murid PPIM telah dibawa ke sebuah Perkampungan Tradisional iaitu Kg Lonek untuk menyertai pertandingan Sukan Rakyat. Ahli-ahli PPIM telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mana dalam setiap kumpulan ahlinya terdiri dari semua negeri yang menyertai. Ini memberi peluang kepada ahli PPIM berkawan dengan ahli PPIM berlainan negeri. Ahli-ahli PPIM telah diperkenalkan dan diajar Tarian Indang, mengemping padi, menangkap ikan dalam lumpur, mengacau dodol, bowling padang menggunakan buah kelapa, membuat Onde-onde serta mengayam ketupat. Keseronokan, kelucuan dan semangat kerjasama dapat dilihat pada setiap ahli kumpulan. Markah akan diberikan kumpulan. Markah akan diberikan kepada setiap kumpulan jika semua aktiviti dilaksanakan dengan jayanya.
            

             Mengemping padi

        Mengayam sarung ketupat                 Mengacau dodol     Menangkap ikan dalam lumpur

Pada Hari ketiga, majlis penutup Program Semarak Puteri telah berlangsung di Kem Pusako. PPIM merupakan unit uniform yg mendahului program jaringan dan jalinan antara 6 negeri, itu yang dimklumkan oleh ketua sektor kokurikulum dalam ucapan penutupan rasmi Program Semarak Puteri 2019. Hasrat KPM meminta NGO mengadakan program seperti ini amat dihargai dan ucapan syabas serta tahniah kepada semua yang menjayakan program ini dalam merealisasikan hasrat kerajaan melahirkan kemenjadian murid. Semua ahli PPIM diberi sijil pencapaian menyertai sukan rakyat di Kampung Lonek. Murid SKBC, Nur Firzanah Abyan bt Ismail telah memenangi tempat kedua dalam acara sukan rakyat yang telah dipertandingkan di Kampung Lonek.

Memori terindah yang tidak mungkin dilupakan oleh ahli Puteri.

Pin It on Pinterest

Share This