27 Julai 2019 telah berlangsung Hari Puteri PPIM Peringkat Negeri Selangor yang bertempat di Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang Selangor. Berbagai acara telah dipertandingkan, antaranya buku log, Puteri Harapan, melukis poster, bangunan dari bahan terbuang, nasyid dan masakan berasaskan pisang.

Sekolah Bukit Changgang tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan buku log. Ini bertujuan memberi pendedahkan kepada pihak murid dan juga guru bagaimana cara penulisan buku log serta bahan bukti setiap hasil kerja yang diberi perlu disimpan seiring dengan catatan yang dibuat. Ini merupakan penyertaan yang ulung kalinya buat Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang dalam pertandingan Hari Puteri Peringkat Negeri Selangor.

Pengalaman ini sangat sungguh berharga kerana bukan hanya cara penulisan dalam buku log yang dinilai, tetapi setiap tajuk perlu ada hasil kerja samada buku skrap, gajet, kraftangan dari bahan terbuang, gubahan dan lain-lain.

Gambar tempat pertandingan buku log

Jika dibandingkan buku log SKBC dengan buku log sekolah lain yang sudah berkali-kali menyertai pertandingan buku log memang jauh bezanya. Pengalaman ini sungguh bermakna kepada murid dan juga guru, andai ingin menyertai acara buku log pada masa hadapan.

Antara acara dipertandingkan yang boleh dijadikan contoh.

Pin It on Pinterest

Share This