DCS atau Digital Competency Score adalah satu instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid- murid dalam tiga aspek iaitu teknologi, etika dan kognitif. DCS telah bermula pada tahun 2016. Pada tahun ini, DCS telah diperluaskan kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

DCS telah bermula pada 16 hb September hingga 22 hb November 2019.Penilaian ini buat masa ini dikhususkan hanya kepada 40 orang murid-murid Tahun 6 sahaja. Penilaian ini dijalankan berdasarkan permainan TAPIR HERO – Bring Back The Sun. Murid yang berjaya menghabiskan permainan ini akan diberikan sijil penyertaan dan direkodkan penglibatan mereka dalam laporan PAJSK.

Cikgu Siti Nurbaizura Binti Abdul Malik, guru TMK telah berjaya menyelesaikan tanggungjawab menyelesaikan program DCS dalam tempoh masa yang ditetapkan.

En. Zainal bin Misman, GPK HEM telah menyampaikan sijil pada murid- murid yang telah berjaya menyiapkan DCS.

SK Bukit Changgang telah tersenarai dalam laporan PPD, berjaya melaksanakan DCS pada tahun ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan. TAHNIAH.

Pin It on Pinterest

Share This