TEMA: Memperkasa Kompetensi DiriDi Kompleks Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur dan Kem Baitun Nur, Banting, Selangor (24-27 Oktober 2019).
Program Ijtima’ adalah bertujuan untuk mengiktiraf Puteri yang Cemerlang daripada semua Negeri di Malaysia melalui pentaksiran berbentuk imtihan bagi mengangkat dan menyerlahkan kebolehan, kemahiran dan potensi puteri dalam pelbagai bidang seperti yang dituntut dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Tatacara menaikkan dan menurunkan bendera
Pengisian program berpaksikan Sains dan Islam dengan berpegang kepada prinsip bahawa alam adalah bersifat konseptual yang boleh difahami dan dimengertikan dengan mencari makna kebenaran hakiki tentang kewujudan Allah S.W.T. Melalui aktiviti jelajah ILMU Q-STEM-A ini diharap dapat mencetus minat generasi baru mempelajari Al-Quran dan STEM melalui pendekatan berasaskan projek aktiviti yang multi disiplin. Hanya dengan kemahiran saintifik, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran menyelidik, akan meluaskan lagi pandangan para Puteri tentang aplikasi Sains dan kehidupan. Pergerakan Puteri Islam Malaysia turut menitikberatkan persiapan dalam kehidupan masakini, mengingati hari mati dan tatacara menyakini Hari Akhirat (Kiamat). Keseluruhan aktiviti berpaksikan elemen gabungjalin dengan memberi fokus kepada penghayatan alam dan rohani.
Kembara Ilmu di Masjid Putra Putrajaya
Setiap Perhubungan Negeri (PN) dipelawa untuk menghantar calon-calon Puteri Bongsu, hasil daripada penilaian tahap dan perolehan sijil-sijil berkaitan untuk dinilai bagi menjalani imtihan bagi tujuan perolehan Sijil Puteri Bongsu Cemerlang. Calon-calon yang berjaya akan melalui proses penarafan lanjutan bagi meraih Anugerah Tertinggi Tahap: PUTERI KAYYISA bagi pemegang Puteri Bongsu Cemerlang yang terbaik.
Firzanah bersama calon yang berjaya meraih Puteri Kayyisa
Antara aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak Puteri.

Pin It on Pinterest

Share This