8 November 2019, Jumaat, Sk.Bukit Changgang telah mengadakan hari terbuka akademik kali ke-2 bagi tahun 2019.
Seperti yang kita sedia maklum, hari terbuka akademik adalah hari ibubapa bertemu dengan guru kelas dan guru subjek dengan tujuan untuk melihat perkembangan akademik anak masing-masing secara komprehensif. Tahun ini adalah julung-julung kali hari terbuka diadakan dua kali setahun. Ini bertujuan merapatkan lagi hubungan ibubapa dengan guru-guru kelas anak masing-masing dan pihak sekolah bagi membolehkan ibubapa mengetahui perkembangan anak masing-masing dengan lebih mendalam.
Hari terbuka ini melibatkan semua murid tahun 1 hingga tahun 5. Kehadiran ibubapa pada hari ini amat menggalakkan. Semoga penyertaan ibubapa hari ini memberi kesan yang baik terhadap perkembangan akademik anak-anak pada masa akan datang setelah ibubapa mengetahui kelemahan dan kelebihan anak masing-masing.Aktiviti seperti ini mengharapkan ibubapa memandang serius tentang betapa pentingnya sokongan ibubapa dalam meningkatkan akademik dan juga sahsiah anak-anak.
Semoga anak-anak SKBC terus berjaya pada masa akan datang.
Recent Comments