Pada 22 Januari yang lalu, Sk. Bukit Changgang telah menghantar 2 pasukan merentas desa yang terdiri dari 1 pasukan perempuan dan 1 pasukan lelaki. Acara ini merupakan kejohanan tahunan yang akan disertai oleh SKBC pada setiap tahun.

Kejohanan ini merupakan aktiviti sukan yang amat sukar untuk mendapat 20 tempat terbaik kerana acara ini didominasi oleh pasukan dari SJK (T) pada setiap tahun kerana kehebatan larian mereka yang tidak dapat disangkal lagi. Walaubagaimanapun, kita tidak pernah sekali-kali mengalah sebelum berjuang.

Pada tahun ini, pasukan lelaki SKBC berjaya menempatkan diri pada tempat ke-20 yang melayakkan diri untuk mendapat medal. Sekalung tahniah diucapkan kepada adik Areej Mufeed Bin Mohd Syahmi kerana berjaya menempatkan diri di tangga ke-20 terbaik.

Kepada ahli pasukan yang tidak berjaya, usaha dan semangat anda sangat dihargai oleh pihak sekolah. Semoga SKBC akan mendapat tempat yang lebih baik pada masa akan datang.

Jutaan terima kasih kepada jurulatih dan guru pengiring yang sanggup mengorbankan tenaga melatih dan mengiring murid ke Sk. Batu Laut.

Pin It on Pinterest

Share This