Kejohanan catur daerah Kuala Langat 2020 telah diadakan di SK Sg Manggis, Banting Selangor. Kejohanan ini diadakan pada 3 hingga 4 Februari 2020 bagi kategori individu . Manakala kategori berpasukan pada 5 hingga 6 Februari 2020. Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah menghantar 3 pasukan bawah 12 tahun iaitu 2 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan. Bagi kategori individu lelaki dan perempuan bawah 12 tahun  pula  8 orang pemain lelaki dan 4 orang pemain perempuan telah dihantar. Seramai 29 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini. Pemain lelaki seramai 176 orang dan pemain perempuan seramai 116 orang.

Pemain bersedia untuk beraksi dengan SK Seri Lanang

PENYERTAAN

Berikut adalah nama pemain:

1. Muhammad Ammar Arif bin Mat Nazri

2. Muhammad Nu’man Zakwan bin Zainasrie

3. Akif Nazhan bin Mohamad Razi

4. Ahmad Arif Azhad bin Erwaneys

5. Muhammad Bariqi Najmuddin bin Azlan

6. Mohamad Haziq Fikri bin Mohd Huzaimi

7. Muhammad Adam Haris bin Muhammad Hafiz

8. Hasan bin Mohamad Zaki

9. Nurul Nadhirah binti Mohamad Yamin

10. Amirah Tohirah binti Rizal

11. Raudhatul Jannah binti Muhamad Azli

12. Nurul Hannan binti Mohd Sani

AKTIVITI SEMASA PERTANDINGAN

Pusingan individu telah ditetapkan sebanyak 8 pusingan bagi pemain lelaki dan 7 pusingan bagi pemain perempuan. Kategori berpasukan pula pemain bermain sebanyak 6 pusingan.

KEPUTUSAN PEMENANG

Pada hari pertama dan kedua berlangsung 3 dan 4 pusingan kategori individu. Manakala pada hari ketiga, pusingan terakhir bagi kategori  individu lelaki disambung pula  kategori berpasukan sebanyak 4 pusingan dan hari terakhir 2 pusingan dipertandingkan.

Kategori berpasukan

Kategori Individu

Pemain SKBC tidak mendapat tempat di dalam ranking ke 20 terbaik. Kedudukan terbaik ranking pemain perempuan iaitu Nurul Nadhirah berada di ranking ke 33 dari 116 orang pemain manakala pemain lelaki berada di kedudukan 85 dari 176 orang pemain.

Pemain SKBC tidak mendapat tempat di dalam ranking 10 terbaik. Kedudukan terbaik pencapaian hanyalah pasukan perempuan berada di ranking ke 21.

Bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan datang ,pasukan pelapis sekolah perlu dicari dan dilatih lebih awal bagi dan lebih giat perlu dilakukan bagi memastikan kemenangan pasukan sekolah pada masa akan datang. Selain itu pemain perlu didedahkan kepada pertandingan –pertandingan catur terbuka yang sering diadakan oleh pihak luar. Hal ini membolehkan murid lebih bersedia bagi menghadapi persaingan yang lebih hebat.

Pin It on Pinterest

Share This