17 Februari 2020, hari Isnin minggu ketiga bagi setiap bulan akan diadakan perhimpunan bulanan unit uniform. Tujuan perhimpunan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat berpasukan bagi setiap unit dan sentiasa berdisiplin dalam perbarisan yang diadakan mengikut masa yang ditentukan oleh pihak sekolah. Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan perhimpunan pertama pada tahun ini.

Semua murid menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah. Kemudian, ahli TKRS menyanyikan lagu Kadet Remaja Sekolah.

Perhimpunan ini disertai oleh Pasukan TKRS, PBSM, Pengakap, Puteri Islam dan Tunas Puteri.

Guru penasihat TKRS, Ustazah Rozaini bersama-sama Nurul Aina dan Nur Fadhlin Qistina memastikan perjalanan perhimpunan berjalan dengan lancar.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis Nurul Aina dan Nur Fadhlin Qistina yang dibimbing oleh Ustazah Rozaini.

Ahli TKRS membaca ikrar dengan penuh semangat.

Ahmad Amjad Syahid mengetuai bacaan ikrar TKRS.

Semua murid mengaminkan bacaan doa yang diketuai oleh Adib Imran.

Adib Imran bin Mohd Nizan mengetuai bacaan doa.

Ustaz Ridzuan bin Mohamed menyampaikan laporan minggu lepas .

Barisan guru yang turut bersama-sama memakai uniform persatuan masing- masing.

Para pentadbir juga memakai uniform dalam perhimpunan ini.

Guru Besar menyampaikan sijil penyertaan kepada 6 orang Pengakap yang telah berjaya menyertai perkhemahan.

Guru Besar menyampaikan sijil pencapaian kepada 12 orang pemain bola tampar bawah 12 tahun yang telah mendapat tempat ketiga peringkat daerah Kuala Langat.

Guru Besar turut menyampaikan sijil penyertaan kepada 12 orang pemain bola tampar lelaki bawah 12 tahun.

Guru penasihat TKRS, Ustazah Rozaini bersama-sama Nurul Aina memastikan perjalanan perhimpunan berjalan dengan lancar.

Cikgu Kamsiah, guru bertugas mingguan menyampaikan maklumat penting kepada murid- murid.

Guru Besar, merasmikan program Jom Ke Sekolah yang dijalankan di semua sekolah pada hari itu.

Guru dan murid bergambar dalam program Jom Ke Sekolah.

Ahmad Syamil bin Ahmad Murni melakukan tabik hormat kepada Guru Besar sewaktu bermula majlis dan juga waktu penutup majlis.

Assalamualaikum Tuan, mohon menjalankan tugas yang lain tuan!

Semua guru dan ahli pasukan TKRS bergambar kenangan.

Tahniah pasukan TKRS kerana telah berjaya menyelesaikan tugas yang telah diamanahkan. Semoga ahli unit uniform ini akan terus bekerjasama dalam setiap aktiviti yang dipertanggungjawabkan.

Pin It on Pinterest

Share This