Sijangkang Jaya, Banting, 30 Januari 2020 ( Khamis), “Sesiapa yang berusaha, pasti akan berjaya. Itulah yang disematkan di dalam hati pemain-pemain bola tampar kategori lelaki bawah 12 tahun yang dianggotai seramai 12 orang pemain yang diketuai oleh adik Muhammad Alif Imran bin Nordin diikuti oleh adik Muhammad Hafizuddin bin Azmi , adik Najwan Wafiq bin Zailan, adik Muhammad Khairul Ikhwan bin Suhaimi, adik Muhammad Hakimi bin Mohd Hazizi, adik Syarizwan Syazril bin Saipol, adik Muhammad Darwisy Muhammad Aizuddin bin Abdul Malek, adik Muhammad Adib Imran bin Mohamad Nizan, adik Ahmad Dinie Harith bin Ruslan, adik Muhammad Adeeb Aha bin Abdullah, adik Muhammad Fadhlil Khaliq bin Mohd Sazli dan adik Muhammad Safwan Hadi bin Mohamadiah.
Pertandingan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya yang bermula pada jam 8.30 pagi yang turut disertai oleh 15 buah sekolah yang lain iaitu, Sekolah Kebangsaan Kebun Bharu selaku tuan rumah pada kejohanan bola tampar tahun ini, seterusnya Sekolah Kebangsaan Jenjarom, Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan Seri Cheding, Sekolah Kebangsaan Bandar Banting, Sekolah Kebangsaan Morib, Sekolah Kebangsaan Seri Lanang, Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu, Sekolah Kebangssan Sungai Judah, Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang, Sekolah Kebangsaan Sungai Lang,Sekolah Kebangsaan Jugra, Sekolah Kebangsaan Sijangkang, Sekolah Kebangsaan Kanchong Tengah dan Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang.
Menurut ketua pasukan bola tampar lelaki Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, adik Muhammad Alif Imran bin Nordin, “Kami akan melakukan yang terbaik untuk pasukan ini. Semoga berkat doa jurulatih, guru-guru dan rakan-rakan, kami akan berjaya menjadi johan”.
Pemain daripada pasukan Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang mendapat undian dalam kumpulan A diikuti dengan Sekolah Kebangsaan Morib dan Sekolah Kebangsaan Jenjarom. Pada perlawanan pertama, Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah bertemu dengan Sekolah Kebangsaan Jenjarom dan kemenanan telah berpihak kepada Sekolah Kebangsaan Jenjarom dengan bermain 3 set iaitu 15-12, 14-16 dan 15-11.
Permainan diteruskan lagi pada perlawanan kedua antara Sekolah Kebangssan Bukit Changgang bertemu dengan Sekolah Kebangsaan Morib pula namun nasib tidak menyebelahi pasukan bola tampar lelaki, kemenangan ini menjadi milik Sekolah Kebangsaan Morib dengan bermain sebanyak 3 set iaitu 15-5, 15-4 dan 15-2.
Adat dalam permainan ada yang kalah dan ada yang menang. Walaupun tidak beroleh tempat pada perlawanan bola tampar kali ini, pemain-pemain ini tetap menjadi juara di hati guru-guru kerana semangat ‘pantang berundur sebelum kalah’ yang menjadikan mereka pemenang dimata warga Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang. Masih belum terlambat lagi, peluang untuk merebut tempat juara akan diteruskan pada perlawanan seterusnya iaitu Kejohanan bola tampar bawah 11 tahun dan semoga nasib akan menyebelahi pemain-pemain ini nanti.

Pin It on Pinterest

Share This