Pada 10 Februari 2020 (Isnin) yang lalu, SK Bukit Changgang telah mengadakan majlis Perasmian Program Ziarah Cakna Peringkat SKBC. Majlis ini berjalan serentak di seluruh negara.

Program Ziarah Cakna merupakan salah satu elemen baru yang diserapkan dalam amalan sekolah penyayang yang berfokuskan kepada lawatan guru dengan kerjasama agensi dan komuniti ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa dilihat memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh murid. Selain itu juga, melalui lawatan ini guru dapat mengumpul maklumat keluarga murid, memahami latar belakang murid berdasarkan tempat mereka dibesarkan dan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru serta mengurangkan risiko keciciran murid.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh juruacara majlis iaitu Tn. Hj. Ridzuan b. Mohamed.

Seterusnya murid-murid menyanyikan 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Seterusnya bacaan doa diketuai oleh Ustaz Tn. Hj. Ridzuan b. Mohamed.

Selepas itu Guru Besar, En. Mohamad Ali b. Alimin pula memberi ucapan. Guru Besar mengingatkan murid-murid supaya sentiasa rajin datang ke sekolah.

Seterusnya, ucapan YDP PIBG, Datuk Ngadenin bin Musa. Beliau juga mengingatkan murid-murid supaya sentiasa hadir ke sekolah supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran. Selepas itu Datuk Ngadenin merasmikan Pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat SK Bukit Changgang. Selepas itu diadakan sesi bergambar.

Selepas itu, pihak VIP ada sedikit jamuan.

Selesai menikmati jamuan, pihak sekolah dan YDP PIBG mengadakan Program Ziarah Cakna di 3 buah rumah atau 3 keluarga yang telah dikenalpasti.

Diharapkan program ini dapat memberi impak yang positif kepada murid-murid dan juga pihak sekolah.

Murid-murid berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah.

Pn.Roslinda Intan memimpin nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah.
Tn.Hj.Ridzuan sebagai juruacara pada majlis ini serta memimpin bacaan doa.
En. Mohamad Ali b. Alimin, Guru Besar SKBC sedang menyampaikan ucapan.
Datuk Ngadenin b. Musa, YDP PIBG sedang menyampaikan ucapan.
Datuk Ngadenin b. Musa, YDP PIBG merasmikan Program Ziarah Cakna Peringkat SKBC.
Wajah murid-murid SKBC
Wajah Guru-guru SKBC
Program Ziarah Cakna ke rumah murid untuk bertanya khabar
Program Ziarah Cakna ke rumah murid untuk bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan.
Program Ziarah Cakna ke rumah murid untuk bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan.

Pin It on Pinterest

Share This