Langkah bermula dengan mesyuarat antara rumah sukan Perwira,Panglima,Pendekar,Pahlawan dan Perkasa yang berlangsung pada 24 Februari 2020.Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan ialah melantik Ahli Jawatan Kuasa Rumah Sukan,senarai semak ahli ,persiapan dan tema perbarisan serta perancangan rumah sukan bagi menghadapi Temasya Sukan yang akan berlangsung pada 14 Mac 2020.

Seterusnya persiapan menghadapi Temasya Sukan SK Bukit Changgang diteruskan dengan persiapan padang oleh AJK Teknikal dan Persiapan Padang diketuai oleh Cikgu Khairil Hazim Bin Badaru’din dan dibantu oleh guru guru lelaki yang lain.Alhamdulilah,berkat kerjasama antara guru guru lelaki tanpa mengira cuaca panas yang membakar kulit, menyaksikan garisan padang dapat disiapkan dalam tempoh tiga hari sahaja.Tahniah dan terima kasih diucapkan atas penat lelah demi memastikan kelancaran perjalanan acara sukan yang telah dirancang.

Setelah selesai kerja kerja persiapan padang untuk acara balapan,kawasan lompat jauh juga telah ditambah baik dengan timbunan pasir dan landasan lompatan yang lebih selesa.

Kini murid sedang menjalani latihan acara rumah sukan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Diharapkan murid dapat membawa air minuman yang mencukupi dan menjaga keselamatan diri sepanjang latihan berlangsung.

Tentatif Temasya Sukan Sk Bukit Changgang:

2-6 Mac 2020 : Latihan Rumah Sukan

9 Mac 2020 : Sukantara

10 & 11 Mac 2020: Acara Padang Akhir

12 Mac 2020 : Latihan Perbarisan Rumah Sukan

13 Mac 2020 : Raptai Penuh

14 Mac 2020 : Temasya Sukan Sk Bukit Changgang

#Tentatif tertakluk kepada sebarang perubahan.

Semoga Temasya Sukan pada kali ini akan berjalan lancar dan meriah dengan sokongan semua Warga SK Bukit Changgang!

Pin It on Pinterest

Share This