Pada 17 Februari 2020 (Isnin), SK Bukit Changgang telah mengadakan Majlis Perasmian Program Jom Ke Sekolah. Majlis Perasmian ini diadakan serentak di seluruh negara.

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). PPS di SK Bukit Changgang ialah Sarjan Nurul Syuhada bt. Mohd Razai.

Di antara objektif Program Jom Ke Sekolah ialah : 1) Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS. 2) Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat daripada kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. 3) Melancarkan buku panduan PPS untuk digunapakai oleh sekolah dan PDRM.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh juruacara majlis iaitu Pn. Kamsiah bt. Yusof.

Seterusnya murid-murid menyanyikan 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah.

Seterusnya bacaan doa, yang dipimpin oleh adik Muhammad Adib Imran b. Mohd Nizan.

Selepas itu Guru Besar, En. Mohamad Ali b. Alimin pula memberi ucapan. Guru Besar menegaskan bahawa murid-murid supaya sentiasa rajin datang ke sekolah. Jika tidak datang murid akan ketinggalan.

Guru Besar merasmikan Majlis Perasmian Jom Ke Sekolah Peringkat SKBC.

Murid-murid bersedia berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah.
Bacaan doa, dipimpin oleh Muhammad Adib Imran b. Mohd Nizan.
Pn.Kamsiah menjadi juruacara untuk program ini.
Murid-murid mendengar amanat yang diberikan.
Pegawai PPS SKBC ialah Sarjan Nurul Syuhada bt. Mohd Razai
En.Mohamad Ali b. Alimin, Guru Besar SKBC menyampaikan ucapan.
En.Mohamad Ali b. Alimin, Guru Besar SKBC merasmikan Program Jom Ke Sekolah Peringkat SKBC tahun 2020.

Pin It on Pinterest

Share This