Pada 10 Mac dan 11 Mac 2020 yang lalu,telah berlangsungnya acara padang akhir bersempena dengan Sukan Tahunan SK Bukit Changgang kali ke 45. Antara acara yang dipertandingkan adalah lompat tinggi,lompat jauh dan lontar peluru yang melibatkan murid tahun 4,5 dan 6.Para peserta telah bertungkus lumus dalam menunjukkan prestasi terbaik sewaktu pertandingan dijalankan demi menyumbangkan pingat kepada rumah sukan setelah diberi latihan dan tunjuk ajar dari guru rumah sukan masing-masing.Antara aksi yang dapat dirakamkan sepanjang acara berlangsung:

Lompat tinggi

Lompat jauh

Lontar Peluru

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Sir Zainal Bin Misman ,GPK Hal Ehwal Murid SK Bukit Changgang.

Terima kasih juga diucapkan pada semua guru dan kakitangan SK Bukit Changgang yang sama-sama menyumbang tenaga bagi menjayakan acara akhir padang ini.

Pungutan Pingat Mengikut Rumah Sukan:

Merah šŸ„‡4 šŸ„ˆ4 šŸ„‰5

Ungu šŸ„‡0 šŸ„ˆ4 šŸ„‰2

Kuning šŸ„‡6 šŸ„ˆ0 šŸ„‰4

Biru šŸ„‡2 šŸ„ˆ4 šŸ„‰3

Hijau šŸ„‡6 šŸ„ˆ6 šŸ„‰4

Jumlah pingat: 54

* Kiraan setakat acara akhir padang

Majulah Sukan untuk SK Bukit Changgang!

Pin It on Pinterest

Share This