Program Transformasi Sekolah 2025 (ts25) adalah usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

SK Bukit Changgang turut tersenarai dalam sekolah ts25 kohort 5. Melalui ts25, sekolah yang terlibat diharap berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pengajaran selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013 -2025.

Justeru, pentadbir SKBC telah mengadakan perjumpaan dengan semua guru dan kakitangan sekolah untuk menerangkan dengan lebih jelas maklumat berkaitan tentang ts25. Penyebaran ts25 ini diadakan pada 14 Julai 2020, hari Selasa di dewan sekolah pukul 9.00 pagi. Jumlah kehadiran guru pada taklimat kali ini ialah 67 orang.

Guru Besar SKBC, Encik Mohamad Ali bin Alimin menerangkan tentang ts25. Antara maklumat penting yang diterangkan ialah objektif, matlamat dan konsep ts25. Selain daripada itu, guru- guru juga diminta bersama-sama berganding bahu untuk menjayakan segala tranformasi yang telah dirancang.

Semoga dengan penyebaran maklumat ini guru-guru dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan lebih mudah lagi dan matlamat sekolah akan tercapai dengan cemerlang.

Pin It on Pinterest

Share This