Pada 31 Januari 2020 hingga 2 Februari 2020 yang lalu, pasukan pengakap kanak-kanak SK Bukit Changgang telah mengikuti Perkhemahan Kursus ketua Enam Sekawan Pengakap Kanak-kanak di SMK Batu Laut. Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Daerah Kuala Langat. Objektif perkhemahan ini dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan pemimpin muda di kalangan murid sekolah rendah
Sekolah Bukit Changgang telah diwakili oleh Rayn Zakwan Bin Mohd Shakir ( 5Bestari), Muhammad Fadhil Faiz Bin Faizal (5Bestari), Muhammad Adham Haikal Bin Jefry ( 5 Dinamik), Aidil Iqwan Rizqi Bin Hj Kamsani (5Bestari)
dan Wan Muhammad Irfan Bin Supian dari kelas 5 Bestari. Guru Pengiring adalah Puan Elzianie Binti Salleh dan En Mohamad Nizan Bin Rozali. Pemilihan peserta kursus adalah berdasarkan semngat serta komitmen yang ditunjukkan ketika waktu ko-kurikukum, Selain daripada itu, peserta adalah dari tahun 5 untuk memberi ruang dan pengalaman kepada mereka sebagai panduan untuk menjadi pemimpin pengakap pada masa hadapan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus Enam Sekawan tersebut adalah seperti Persetiaan Pengakap & Undang-undang Pengakap, pengurusan buku log, Istiadat Laung Agung secara teori dan praktikal, Istiadat mengibar Bendera, peranan Ketua Enam sekawan, Masakan Rimba, ikatan & simpulan, Pertolongan cemas dan Kawad Kaki secara teori dan praktikal. Peserta menunjukkan kesungguhan dan komitmen dalam mengikuti setiap aktiviti yang telah di jalankan sepanjang kursus tersebut dan diharapkan peserta mendapat manfaat yang boleh digunakan apabila kembali ke sekolah semula.

Secara keseluruhannya, perkhemahan ini banyak memberi manfaat dan pengalaman berharga kepada peserta perkhemahan untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan. Program ini juga dapat memberi panduan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

peserta perkhemahan di SMK Batu Laut
Bersedia untuk pulang ke rumah
Majlis Penutup Perkhemahan
Hasil kerja peserta perkhemahan

‘SEMANGAT KENTAL BERJIWA CEKAL’

Pin It on Pinterest

Share This