Bengkel yang diadakan selama tiga hari ini mengikut panitia bertujuan untuk mematuhi arahan penjarakkan sosial dalam kalangan guru supaya pendamik covid-19 tidak menular di kawasan sekolah. Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Zailan bin Mohd Zaid telah memberi penerangan dan membimbing semua guru yang terlibat dalam bengkel tersebut.
Google Meet merupakan alat komunikasi berbentuk video yang dikendalikan oleh Google. Manfaat penggunaannya dapat membantu dan memudahkan para guru dan pelajar untuk mengadakan pembelajaran jarak jauh secara atas talian. Aplikasi ini sangat mudah diguna dan boleh melancarkan segala tugasan. Selain itu, aplikasi ini mudah diakses di semua platform seperti di desktop, laptop, iPad, mahupun di telefon bimbit.
Pada 26 Julai 2020, Encik Zailan meneruskan bengkel Google Meet bagi sesi kedua yang melibatkan para guru daripada Panitia Matematik dan Sains.
Guru-guru diminta membuka Google Meet dan menjemput rakan- rakan untuk berkongsi ilmu sebagai latihan pada kali ini.
Recent Comments