Satu program di bawah inisiatif pergerakan #mydigitalmaker untuk membudayakan “coding” dalam kalangan pelajar sekolah seluruh Malaysia dilaksanakan melalui “Hour Of Code”. Kempen ini bemula dari 9 Jun hingga 30 Jun 2020. Aktiviti ini disertai oleh 100 juta murid di 180 buah negara.

Program ini menggalakkan penyertaan secara individu dan terbuka kepada semua pelajar yang berumur 7 hingga 17 tahun. Tujuan aktiviti ini untuk mperkenalkan pengaturcaraan serta asas sains komputer. Hadiah menarik disediakan kepada 30 penyertaan bertuah dan kreatif iaitu telefon pintar bernilai RM700 dan pass All-Access ke mydigitalmaker Fair 2020. Selain itu sijil penyertaan turut diberikan kepada setiap murid yang berjaya menyelesaikan aktiviti yang disediakan iaitu Anna Elsa, Angry Bird dan Star Wars.

Kempen yang dianjurkan secara atas talian ini dijalankan sepenuhnya di rumah bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengawal penularan Covid 19.

Murid-murid SK Bukit Changgang turut menyahut cabaran yang disediakan dalam kempen tahun ini. Antara murid yang menyertainya ialah:

1. Nurul Aina Binti Abdul Zaidi – 6 Karisma

2.Muhammad Adib Imran bin Mohd Nizan – 6 Karisma

3. Nor Ain Husna binti Ajsahri – 6 Dedikasi

4. Nor Alya Hamani binti Mohd Atahaillah – 6 Iltizam

5. Fatin Qaisara binti Mohd Salisida – 6 Iltizam

6. Mya Aimeen Suffiyah binti Baharin – 6 Karisma

7. Muhammad Hamimi Aiman bin Mohd Rodzi – 6 Karisma

Kempen Hour of Code dijalankan selama 3 minggu untuk pelajar di rumah.
Sijil yang diperoleh Nurul Aina Binti Abdul Zaidi setelah berjaya menyelesaikan 3 permainan iaitu Anna Elsa, Angry Bird dan Star Wars.
Sijil boleh dicetak setelah berjaya menyelesaikan cabaran bagi setiap permainan.
Sijil Muhd Adib Imran bin Mohd Nizan setelah berjaya menyelesaikan Angry Bird
Sijil Muhammad Hamimi Aiman bin Mohd Rodzi diperoleh setelah berjaya dalam Star Wars.

Setelah kempen ini berakhir, pihak #digitalmaker telah membuat pengumuman untuk melanjutkan kempen ini sehingga akhir bulan Disember 2020. Murid-murid masih berpeluang untuk mendapatkan sijil yang telah diadakan dalam talian. Semoga peluang yang diberi akan digunakan sebaik-baiknya oleh semua murid di samping menambah ilmu dalam pengaturcaraan komputer.

Pin It on Pinterest

Share This