Pada 10 Mei lalu, bersempena Bulan Ramadan, pihak PPIM Kuala Langat telah mengadakan Program Ihya’ Ramadan peringkat daerah. Walaupun fokus utamanya adalah tadarus Al Quran, namun begitu terdapat 6 acara yang dipertandingkan untuk peringkat sekolah rendah. Sekolah Bukit Changgang hanya mengambil 3 acara sahaja iaitu menjawikan teks, power point pertolongan cemas dan poster.

Tujuan utama program ini ialah menjadikan Al Quran teman sejati. Setiap sekolah telah diberikan juzuk untuk dibaca secara bertadarus dengan guru. Guru pemimpin diberikan pilihan cara bertadarus mengikut kesesuaian guru pemimpin setiap sekolah. Di samping itu, kreativiti, celik IT, mencintai tulisan jawi dan keberanian ahli PPIM dalam menyertai acara yang dipertandingkan turut diambil perhatian.

Semua acara pertandingan yang diikuti, perlu dihantar melalui email. Ahli PPIM hanya mengambil gambar hasil tugasan acara tersebut. Semua hasil tugasan perlu dihantar sebelum atau pada 5 Mei 2020. Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah memenangi tempat naib johan bagi acara menjawikan teks dan poster. Manakala acara power point, SKBC tidak berjaya.

Murid yang telah dipilih untuk menyertai pertandingan tersebut ialah Raudatul Jannah bt Mohd Azli untuk acara menjawikan teks dan poster. Power point pertolongan cemas telah disempurnakan oleh Nuwairah Qaisarah bt Zailan. Diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli PPIM ini kerana komitmen yang telah diberikan.

Poster
Menjawikan teks

Pin It on Pinterest

Share This