Sekolah sebagai institusi pendidikan utama bukan sahaja menumpukan bidang akademik atau kurikulum semata malah diberikan tanggungjawab turut memfokuskan bidang kokurikulum. Antara cabang kokurikulum yang begitu aktif sejak dahulu ialah sukan dan permainan. Hal ini dapat dikesan melalui penghayatan kita terhadap kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tonggak kepada sistem pendidikan negara yang bermatlamatkan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Bagi merealisasikan hasrat ini, PPD Kuala Langat telah mengadakan Kejohanan Bola Jaring (R) peringkat daerah dengan melantik SK Bukit Changgang sebagai tuan rumah. Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk menyuburkan semangat kesukanan dalam kalangan murid.

Kejohanan ini telah berlangsung pada 12 dan 13 Februari 2020 bertempat di Kolej Mara Banting dan disertai oleh 20 buah sekolah.

Dalam kejohanan tersebut, pasukan dari SK Jenjarom telah menjadi juara diikuti oleh pasukan dari SK Kampung Medan di tempat kedua, SK Tanjung Sepat di tempat ketiga dan SK Kanchong Darat di tempat keempat.

Secara keseluruhannya, kejohanan ini berjalan lancar. Kesemua pasukan dan jawatankuasa telah memberikan komitmen terbaik sepanjang kejohanan ini diadakan. Setiap pasukan mempamerkan semangat yang tinggi dan berusaha yang terbaik untuk memenangi perlawanan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua.

Pin It on Pinterest

Share This