SK Bukit Changgang telah menyertai Pertandingan Bola Jaring bawah 12 tahun dan menjadi tuan rumah bagi pertandingan bola jaring peringkat MSSD Kuala Langat. Pertandingan ini telah berlangsung pada 12 – 13 Februari 2020 yang disertai oleh 20 buah sekolah.

Pemilihan peserta untuk mewakili pertandingan ini telah dibuat melalui perbincangan bersama GPK Kokurikulum, Guru Penasihat Kelab Bola Jaring dan dua orang jurulatih SK Bukit Changgang. Berikut adalah senarai nama pemain yang mewakili sekolah ke Pertandingan Bola Jaring bawah 12 tahun peringkat MSSD Kuala Langat bagi tahun 2020.

1.Nurul Izzati binti Mohamad Aqmi (C)
2.Fatin Qaisara binti Mohd Salida (GA)
3.Nur Kamalia binti Razak (GS)
4.Izzazi Zafirah binti Mohd Surijo (WA)
5.Nur Safi Fariha binti Shahron (WD)
6.Fadhlin Qistina binti Hamzah (GD)
7.Damia Jafni Batrisya binti Mohd Jaffry (GK)
8.Nur Saffiya binti Zulaikha
9.Shazrin Aiza binti Shahrul Hisham
10.Najihah Khairiah binti Muhammad Isa

Bermula dari 20 Januari 2020 hingga 10 Februari 2020, semua pemain telah menjalani
latihan di padang sekolah di bawah bimbingan Cikgu Siti Faezah binti Johari dan Cikgu Sarminah binti Maji. Latihan di jalankan pada setiap petang bermula jam 4.00 petang sehingga jam 6.30 petang. Latihan juga dilaksanakan pada waktu koko pada setiap hari rabu setiap minggu. Antara latihan yang dijalankan ialah hantaran dan menerima bola, menjaring bola, membuat halangan, pergerakan kaki dan strategi-strategi permainan. Melalui latihan ini, sedikit sebanyak pemain telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi perlawanan bola jaring.

Walaupun kemenangan tidak menyebelahi pasukan SK Bukit Changgang namun semua pemain telah bermain dengan bersungguh-sungguh dan mempunyai minat yang tinggi dalam permainan bola jaring dan pasukan ini telah memberi komitmen yang begitu baik sepanjang sesi latihan dijalankan.

Laporan disediakan oleh : Puan Rafidah Binti Abdul Aziz

Pin It on Pinterest

Share This