Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin penting dalam dunia pendidikan pada alaf ini. Sebagai guru yang sentiasa berdepan dengan ledakan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini, wajar menguasai penggunaan ICT agar proses Pdpc dalam kelas berjalan lancar. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang digarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Program TS25 yang sedang dilaksanakan di SK Bukit Changgang juga merupakan satu usaha melahirkan modal insan unggul melalui guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi. Bagi merealisasikan hasrat tersebut Bengkel Kemahiran Penggunaan ICT dalam Pdpc telah dijalankan selama 4 hari bermula 10 Ogos 2020 hingga 13 Ogos 2020.

Bengkel ini dijalankan mengikut panitia dan melibatkan semua guru. Antara pengisian bengkel ialah cara mengguna dan memasang Lcd dan Screenbeam. Selain itu guru-guru juga diberi peluang untuk menggunakan Electronic Smart board.

Ustaz Nakhoei dan Ustaz Ridzuan memberi penerangan tentang telefon yang bersesuaian dengan beberapa peranti tanpa wayar seperti screenbeam dongle dan miracast dongle dan untuk mengakses internet dan ki Lcd di sekolah.
Encik Zailan sentiasa memastikan para ustaz dan ustazah yang terlibat dalam Bengkel sesi 1 ini mahir menggunakan telefon bimbit atau ipad untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Guru-guru Panitia Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab diberi peluang untuk memasang Lcd dan screenbeam dongle, lalu memaparkan bahan Pdpc di papan layar.
4 Lcd digunakan dalam bengkel ini bagi memahirkan guru dalam aktiviti yang dijalankan.
Objektif bengkel ini tercapai apabila para ustaz dan ustazah berjaya memaparkan bahan pengajaran menggunakan telefon masing-masing untuk Pdpc.
Encik Zailan menerangkan tentang penggunaan Elektronik Smartboard.
11 Ogos 2020, Panitia Bahasa Melayu terlibat dalam bengkel hari kedua.
Tekun guru-guru bagi merealisasikan anjakan ke 7 PPPPM, memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
GPK Koko Puan S.Rosy turut menimba ilmu untuk menjayakan Transformasi sekolah 25.
12 Ogos 2020, Panitia Bahasa Inggeris pula menjalankan bengkel kemahiran penggunaan peranti ICT dalam Pdpc.
Guru-guru saling membantu untuk dalam menjayakan aktiviti yang dijalankan.
Kegembiraan yang terukir apabila dapat menggunakan peranti dengan mudah.
Panitia Matematik dan Sains menambah ilmu penggunaan peranti ICT pada 13 Ogos 2020.

Semoga bengkel yang dijalankan dapat menggalakkan para guru SKBC menggunakan peranti ICT dalam Pdpc untuk melahirkan pendidik yang kompeten dalam alaf baru.

Pin It on Pinterest

Share This